SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan
Long Jekitan, Baram mula dibina pada tahun 1997 oleh sebuah syarikat pembalakan bernama
Syarikat Samling Sdn. Bhd. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1999 yang
kesemuanya murid-murid Penan yang datang dari empat buah perkampungan iaitu :
·
Kampung Long Jekitan
·
Kampung Long Bee
·
Kampung Long Tikan
·
Kampung Ba’Purau
Bilangan kelas terdiri daripada
6 buah kelas iaitu dari Tahun 1 hinggaTahun 6.Pada tahun ini (2009),
sekolah ini mempunyai kelas yang pertama untuk Prasekolah.Pada pendaftaran tahun 2011
bilangan murid seramai 170 orang
termasuk murid Prasekolah. Berikut adalah maklumat tentang Guru Besar yang
pernah berkhidmat di sekolah ini :
1. Encik Belawan Sirang (1999 – 2004)
2. Encik Michael Salengkor Anak Unting (2004
– 2010)
3. Encik Apon Anak Ujeng (2011-kini)
Sehingga kini sekolah ini mempunyai seramai
14 orang tenaga pengajar, 6 kakitangan sokongan. Sekolah ini pernah memenangi Anugerah Sekolah Alam Sekitar
(Luar Bandar) SERASI Peringkat Negeri Sarawak 2006.